Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA

Imej
Nota sejarah Tingkatan 2 Bab 5 : Kesultanan Melayu Melaka. Hari ini saya akan kongsikan berkenaan KESULTANAN MELAYU MELAKA. Berikut merupakan nota-notanya: 1) Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. - Parameswara mengasaskannya - ciri-ciri pemilihan lokasi :    - di laluan perdagangan    - Berbukit-bukau.    - terlindung daripada angin monsun 2) Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Sistem perundangan:  - Hukum Kanun Melaka -Mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. -Disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. -44 fasal : - Hak keistimewaan  - Tanggungjawab raja dan pembesar. - Hukum islam:     - jenayah     - urusan jual beli     - kekeluargaan -Kesan - mewujudkan keamanan - menjamin keselamatan rakyat - jenayah dapat diatasi - Undang-Undang Laut Melaka. -Ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah. -Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. -25 fasal : - peraturan di laut - tertib berni...

8 CONTOH ULASAN TERBAIK SEKOLAH RENDAH

Imej
Hi! Hari ini saya akan berkongsi tentang ulasan. Mari kita mulakan. ULASAN TENTANG KEMPEN JIMAT PENGGUNAAN ELEKTRIK. Gambar menunjukkan poster tentang kempen jimat penggunaan elektrik. Terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan elektrik.    Salah satu cara untuk menjimatkan elektrik adalah dengan menutup suis kipas dan lampu jika tidak digunakan. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, kita juga boleh membuka tingkap untuk mendapat cahaya yang terang dari luar. Aktiviti ini dapat dilakukan hanya pada waktu siang kerana adanya cahaya matahari. Hal imi dapat mengurangkan kebergantungan kepada elektrik. Akhir sekali, kita perlu kurangkan penggunaan kipas dan penyaman udara dengan membuka tingkap untuk mendapat udara di luar. Udara dari luar lebih segar daripada udara yang dihasilkan oleh kipas dan penyaman udara. Penggunaan penyaman udara dapat meningkatkan bil elektrik. Hal ini akan membebankan pengguna penyaman udara.    Kesimpulannya, terdapat ba...

8 CONTOH PENULISAN ULASAN

Imej
Hi! Hari ini saya akan berkongsi tentang ulasan. Mari kita mulakan. ULASAN TENTANG MARKAH BAHASA MELAYU YANG DIPEROLEH ALIAS. Mari kita buat karangan tentang tajuk ini. Graf menunjukkan markah Alias bagi Penulisan Bahasa Melayu dan maklumat tentang usaha yang dilakukan olehnya.    Salah satu punca markah Penulisan Bahasa Melayu Alias meningkat dengan mendadak adalah kerana Alias banyak membaca buku seperti buku novel Bahasa Melayu. Hal ini akan membantu Alias dalam membuat karangan cerita. Selain itu, Alias juga banyak membuat latih tubi seperti latihan membina ayat, membuat ulasan dan karangan. Cara ini dapat melatih Alias untuk membina ayat, ulasan dan karangan yang lebih baik. Alias juga dapatt mengingati apa yang telah dipelajarinya di sekolah.    Kesimpulannya, jika kita ingin berjaya, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh. ULASAN TENTANG KEMPEN MENJIMATKAN AIR. Mari kita buat karangan tentang tajuk ini. Gambar menunjukkan tentang kempen menjimatkan air. Ter...

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI DAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH.

Imej
Hi! Hari ini saya akan terangkan tentang surat kiriman. Mari kita mulakan dengan pengenalannya. JENIS-JENIS SURAT KIRIMAN SURAT KIRIMAN RASMI SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini. SURAT KIRIMAN RASMI SURAT UNTUK MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN. Mari kita buat karangan tentang tajuk ini. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,  Sekolah Kebangsaan Convent 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands.

PERBAHASAN KARANGAN SEKOLAH RENDAH

Imej
Hi! Hari ini saya akan membuat perkongsian tentang perbahasan. Mari kita mulakan. PERBAHASAN TENTANG MELANCONG DALAM NEGARA LEBIH BAIK DARIPADA MELANCONG KE LUAR NEGARA. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisan pembangkang, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Izinkan saya menyampaikan perbahasan yang bertajuk "Melancong dalam Negara Lebih Baik daripada Melancong ke Luar Negara". Hadirin yang dimuliakan,    Hujah pertama saya adalah apabila kita melancong dalam negara, kita boleh mendapat kos perbelanjaan yang murah dan jimat. Kita juga tidak perlu membayar tiket penerbangan.     Hujah kedua saya pula ialah makanan dan cara hidup di dalam negara juga tidak jauh bezanya. Kita juga mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat berbanding di luar negara. Hadirin yang dikasihi,     Hujah saya yang ketiga ialah kita boleh melawati banyak tempat menarik kerana k...

CARA UNTUK MENULIS KARANGAN BERITA BESERTA CONTOH.

Imej
Hi! Hari ini saya akan bercerita tentang KARANGAN BERITA. Mari kita mulakan. CADANGAN IDEA UNTUK MENULIS KARANGAN BERITA: Apabila menulis karangan berita, anda boleh menggunakan teknik 5W. What (apa) - Terangkan apa yang terjadi dalam peristiwa tersebut. When (bila) - Tarikh dan masa berlakunya peristiwa itu. Where (di mana) - Nyatakan tempat kejadian. Who (siapa) - Berikan nama orang yang terlibat. Why (mengapa) - Beritahu sebab peristiwa itu berlaku. Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini. KARANGAN BERITA TENTANG KEJADIAN BANJIR. Mari kita buat karangan berita berkenaan banjir. KUALA LUMPUR, 20 April - Penduduk telah dikejutkan dengan air banjir yang melanda kawasan mereka. Beberapa orang kanak-kanak telah lemas kerana dihanyutkan air banjir semasa tidur.    Beberapa kawasan di Kuala Lumpur telah dilanda banjir itu. Antaranya ialah Cheras, Puchong, Kampung Batu dan Batu Muda Tambahan.    Kejadian ini telah berlaku pada 12.00 tengah malam. Semua penduduk di kawa...

TIPS MENULIS KARANGAN SYARAHAN DAN UCAPAN BESERTA CONTOH.

Imej
Hi! Hari ini saya akan memberikan tips tentang karangan syarahan dan ucapan. Mari kita mulakan dengan formatnya. FORMAT SYARAHAN ATAU UCAPAN: 1) Kata alu-aluan (Pendahuluan). - Pengerusi Majlis. - Barisan hakim yang adil lagi bijaksana. - Guru-guru. - Hadirin sekalian. 2) Berikan definisi tajuk syarahan atau ucapan tersebut. 3) Panggilan hormat. - Hadirin yang dihormati. 4) Idea dan huraian (3-4 Idea). 5) Penutup. - Sekian terima kasih TIPS. Pada bahagian penutup boleh selitkan pantun seperti: Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini. SYARAHAN TENTANG PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA. Mari kita buat syarahan berkenaan kemalangan jalan raya.  Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Jalaluddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam ran...

6 CONTOH KARANGAN FAKTA UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH TAHAP DUA

Imej
Hi! Hari ini saya akan berkongsi beberapa contoh karangan fakta. Mari kita mula. KARANGAN FAKTA TOPIK KARANGAN FAKTA YANG DIBINCANGKAN IALAH: KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET. KARANGAN FAKTA KESAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. KARANGAN FAKTA TENTANG USAHA-USAHA MEMELIHARA WARISAN TINGGALAN SEJARAH. KARANGAN FAKTA TENTANG KESAN BUDAYA MELEPAK DALAM KALANGAN REMAJA. KARANGAN FAKTA TENTANG CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI. KARANGAN FAKTA KEBAIKAN SAINS KEPADA MANUSIA. KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET. Mari kita buat karangan fakta tentang keburukan Internet.    Internet mempunyai banyak kebaikan. Namun begitu, Internet juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Berikut adalah keburukan-keburukan internet.    Antara keburukan Internet ialah menyalahgunakan media sosial. Sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk menjatuhkan individu lain. Kesannya, masalah sosial akan meningkat.    S...

7 KOLEKSI CONTOH KARANGAN FAKTA BAGI MURID SEKOLAH RENDAH

Imej
Hi! Hari ini saya akan memberikan beberapa contoh karangan fakta. Mari kita mulakan. KARANGAN FAKTA. TOPIK KARANGAN FAKTA YANG DIBINCANGKAN IALAH: KARANGAN FAKTA FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM. KARANGAN FAKTA AMALAN GAYA HIDUP SIHAT. KARANGAN FAKTA CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU. KARANGAN FAKTA CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG.  KARANGAN FAKTA LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA. KARANGAN FAKTA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET. KARANGAN FAKTA CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM. KARANGAN FAKTA FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM. Mari kita buat karangan fakta tentang aktiviti kokurikulum.    Aktiviti kokurikulum dijalankan di luar waktu persekolahan. Hal ini kerana guru-guru tidak mahu menganggu waktu pembelajaran murid-murid. Aktiviti kokurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persatuan, sukan dan unit beruniform.    Antara faedah yang diperolehi jika menyertai aktiviti kokurikulum ialah ia dapat mengisi masa lapang. Aktiv...