Bestnota adalah tempat untuk para pelajar mencari bahan rujukan pembelajaran dan juga nota ringkas mengikut standard KSSM. Selain itu, terdapat juga karangan Bahasa Melayu dan nota sejarah.
Hi! Hari ini saya akan memberikan penerangan tentang laporan. Mari kita mulakan dengan beberapa jenis laporan. LAPORAN Terdapat dua jenis laporan iaitu: Laporan aktiviti Laporan aktiviti adalah seperti laporan perkhemahan, Hari Kantin dan lawatan. Laporan tahunan Laporan tahunan adalah seperti aktiviti untuk setahun bagi sesebuah persatuan, kelab dan permainan. FORMAT MENULIS KARANGAN LAPORAN TAJUK - Ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan atau semua perkataan ditulis dengan huruf besar dan ditulis di bahagian tengah kertas kajang. PENDAHULUAN - Apa, bila, dimana, siapa. ISI 1 - Tujuan. ISI 2 - Aktiviti 1 ISI 3 - Aktiviti 2 ISI 4 - Aktiviti 3 PENUTUP - Harapan DISEDIAKAN OLEH - tandatangan, nama (perlu huruf besar dan kurungan), jawatan perlu ditulis di sebelah kiri. TARIKH - Sama baris dengan perkataan "Disediakan oleh/ Laporan disediakan oleh," dan berada di sebelah kanan. TOPIK LAPORAN YANG AKAN DIBINCANGKAN IALAH: LAPORAN MINGGU BAHASA MELAYU. LAPORAN AKTIVITI GOTO...
Hi! Hari ini saya akan memberikan tips tentang karangan syarahan dan ucapan. Mari kita mulakan dengan formatnya. FORMAT SYARAHAN ATAU UCAPAN: 1) Kata alu-aluan (Pendahuluan). - Pengerusi Majlis. - Barisan hakim yang adil lagi bijaksana. - Guru-guru. - Hadirin sekalian. 2) Berikan definisi tajuk syarahan atau ucapan tersebut. 3) Panggilan hormat. - Hadirin yang dihormati. 4) Idea dan huraian (3-4 Idea). 5) Penutup. - Sekian terima kasih TIPS. Pada bahagian penutup boleh selitkan pantun seperti: Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini. SYARAHAN TENTANG PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA. Mari kita buat syarahan berkenaan kemalangan jalan raya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Jalaluddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam ran...
Hi! Hari ini saya akan berkongsi beberapa contoh karangan fakta. Mari kita mula. KARANGAN FAKTA TOPIK KARANGAN FAKTA YANG DIBINCANGKAN IALAH: KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET. KARANGAN FAKTA KESAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. KARANGAN FAKTA TENTANG USAHA-USAHA MEMELIHARA WARISAN TINGGALAN SEJARAH. KARANGAN FAKTA TENTANG KESAN BUDAYA MELEPAK DALAM KALANGAN REMAJA. KARANGAN FAKTA TENTANG CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI. KARANGAN FAKTA KEBAIKAN SAINS KEPADA MANUSIA. KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET. Mari kita buat karangan fakta tentang keburukan Internet. Internet mempunyai banyak kebaikan. Namun begitu, Internet juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Berikut adalah keburukan-keburukan internet. Antara keburukan Internet ialah menyalahgunakan media sosial. Sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk menjatuhkan individu lain. Kesannya, masalah sosial akan meningkat. S...