NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA

Nota sejarah

Tingkatan 2

Bab 5 : Kesultanan Melayu Melaka.

Hari ini saya akan kongsikan berkenaan KESULTANAN MELAYU MELAKA. Berikut merupakan nota-notanya:




1) Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.

- Parameswara mengasaskannya

- ciri-ciri pemilihan lokasi :

    •    - di laluan perdagangan
    •    - Berbukit-bukau.
    •    - terlindung daripada angin monsun


2) Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

 Sistem perundangan: 

- Hukum Kanun Melaka

-Mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

-Disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

-44 fasal :

- Hak keistimewaan 

- Tanggungjawab raja dan pembesar.

- Hukum islam:

        •     - jenayah
        •     - urusan jual beli
        •     - kekeluargaan

-Kesan

  • - mewujudkan keamanan
  • - menjamin keselamatan rakyat
  • - jenayah dapat diatasi


- Undang-Undang Laut Melaka.

-Ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah.

-Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan.

-25 fasal :

    • - peraturan di laut
    • - tertib berniaga 
    • - tatacara jual beli
    • - tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar

-Kesan :

  • - aktiviti perdagangan lancar dan adil
  • - memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang.


3) Undang-Undang Adat

Adat Temenggung

-Diasaskan oleh : Datuk Ketemenggungan

-Berkaitan dengan :

  • - sistem pemerintahan
  • - perwarisan takhta
  • - perkahwinan
  • - perwarisan harta
  • - perundangan
  • - sistem penggantian sultan 
  •        -   takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki sulung).
  • -sistem pemerintahan beraja 
  •         - kuasa tertinggi ada pada sultan atau raja
  • Sistem perwarisan harta berlaku secara teratur.


4) aspek kegemilangan 

i - empayar yg luas

ii - pusat penyebaran agama Islam

iii - pusat perdagangan

iv - pengurusan perdagangan

v -  Hubungan luar


4)i) Empayar yang Luas

 Cara pembentukan

1 - penaklukan

      - Kawasan taklukan:

    • - Semenanjung Tanah Melayu : Kuala Linggi, Pahang, Beruas, Terengganu dan Kelantan.
    • - Sumatera : Siak, Rokan, Kumpur dan Rupat.

2 - Perkahwinan

  • - Berlaku antara Sultan Melaka dan puteri kerajaan lain.
  • - Contoh: 
  •        - perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Raden Galuh Cendera Kirana (Puteri Majapahit).
  • - mengukuhkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dan kerajaan lain

3 - Naungan 

  • - kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka.
  • - Raja di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka.
  • - Kerajaan yang rela bernaung : Lingga, Patani dan Kedah


ii) Pentadbiran empayar

        1 -Pentadbiran Pusat

      • - pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka (tempat raja bersemayam) 
      • - raja dibantu pembesar pusat


          2 - Pentadbiran Kawasan

  • - naungan 

  • - kawasan naungan ialah kawasan yang mengakui dan menghantar ufti

  • -diakui oleh pemerintah negeri
  • - dibantu oleh pembesar tempatan.


          3 - Pentadbiran Kawasan Jajahan

  • - pemerintah diketuai oleh pemerintah yang dilantik Sultan Melaka.



iii) Kepentingan pembentukan empayar

       1 - Politik

  • meluaskan wilayah dan jajahan takluk 
  • mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
  • menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Pasai dan Majapahit.

      2  - Ekonomi 

  • - menerima hadiah wang, timah, emas, dan bantuan ketenteraan.
  • - dapat bekalan hasil pertanian, rempah ratus, dan bijih timah untuk diperdagangkan.
  • - menguasai perdaganangan Selat Melaka.

      3 - Sosial

  • - Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya Arab, China, India dan Alam Melayu.
  • - Wujud masyarakat majmuk (terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa)

       4 - Agama

  • - mendorong usaha penyebaran Islam.
  • - Islam berkembang ke Pahang, Perak, Kelantan, Timur Sumatera dan Patani.





2) Pusat Penyebaran Islam

Cara penyebaran agama Islam.

1. Pengislaman pemerintah

  • - Pengislaman Sultan Iskandar Shah, para pembesar dan rakyat. (tahun 1414)
  • - Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

2. Perkahwinan

  • - Puteri Sultan Mansur Shah dengan Putera Raja Siak.

3. Peranan Ulama dan Mubaligh

  • - Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya. 
  • - tasawuf dan sufi dikembangkan oleh ulama Timur Tengah dan India.
  • - contoh: Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf
  • - Sultan Alauddin Syah menghantar ulama untuk mengajar hal ehwal agama kepada Raja Pahang, Kampar dan Inderagiri.

4. Perdagangan

  • - Islam tersebar melalui pedagang Arab, India, dan China, yang datang ke Melaka. 
  • - Mereka mempunyai sifat mubaligh. 
  • - Mereka juga menyebarkan Islam ke Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

5. Peluasan.

  • - melalui proses perluasan kuasa.
  • - negeri naugan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.


KESAN PENYEBARAN:

1) Tumpuan ulama.

  • - Melaka menjadi tumpuan dan pendakwah.
  • -Sultan Melaka penaung aktiviti dakwah dan perbincangan kitab (Darul Manzum).

2) Tempat pembelajaran 

  • - Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat belajar Al-Quran dan ilmu tasawuf.

3) Persuratan.

  • - pengaruh Islam terdapat dalam karya sastera Arab dan Parsi. 
  • - contoh Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan Hikayat Amir Hamzah.
  • - berkembangnya tulisan Jawi dan Bahasa Melayu.
  • - Bahasa Melayu, bahasa persuratan dan penulisan.

4) Pemerintahan dan Pentadbiran.

  • - Undang-undang Islam ada dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
  • - ulama peranan penting dalam pentadbiran.
  • - Mufti dan kadi wujud untuk kelicinan pengurusan Agama Islam.


3) Pusat Perdagangan.

i) Kedudukan Strategik.

  • - terletak di laluan perdagangan China dan India.
  • - Selat Melaka (strategik)
  • - Dikunjungi pedagang dalam dan luar Alam Melayu.
  • -Kesan: Melaka menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju.

ii) Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barangan.

  • - barang dikumpul dan diedar kepadapedagang luar.
  • - contoh: timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan rempah ratus.
  • - diperolehi daripada negeri naungan dan jajahan atau kawasan sekitar Alam Melayu.
  • - barang luar yang dibawa ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian dan bahan makan.
  • -Kesan: kepelbagaian barang bukti pelabuhan Melaka, emporium yang maju.

iii) Dikunjungi Pedangan Dalam dan Luar Negara.

  • - pedagang yang paling ramai kunjungi pelabuhan Melaka ialah China, India dan Gujarat.
  • - pedagang paling ramai ialah Pasai, dan Jawa.
  • - turut dikunjungi pedagang dari Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma,Kemboja dan Annam.

iv) Pusat Perkapalan.

  • - dikunjungi pelbagai jenis kapal besar dan kecil.
  • - kapal kecil: perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar, baluk, lancang, kakap, balang dan kelulus.
  • - kapal besar: jong dan bahtera.


4) Pengurusan Perdagangan.

i) Syahbandar.

  • - menguruskan pelabuhan dengan teratur dan cekap.
  • - mengendalikan urusan perdagangan.
  • - penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot.
  • - tugas Syahbandar: 
    •             - mengurus pasar dan gudang
    •             - mengurus cukai
    •             - menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
    •             - memeriksa alat timbang, dan sukat.
    •             - menguatkuasakan peraturan keluar masuk dan mata wang.

  • - peranan dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

ii) Cukai Perdagangan.

  • - pedagang tertarik dengan pengurusan cukai yang cekap dan sistematik.
  • - cukai pelabuhan rendah.
  • - sumber pendapatan kerajaan: cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga.
  • - dua jenis cukai di pelabuhan Melaka:
    • - cukai rasmi 
      • - Arab, India, Ceylon, Siam dan Pegu 6%
      • - Alam Melayu 3%
      • - beras tidak dikenakan cukai.
    • - cukai tidak rasmi
      • - China dan Jepun 5% (bentuk hadiah)

iii) Mata Wang

  • - dua bentuk urusan jual beli: pertukaran barang atau guna mata wang.
  • - pertukaran barang berlaku antara barang China dan Alam Melayu dengan barang India dan Barat.
  • - penggunaan mata wang melancarkan urusan jual beli. mula-mula guna tukaran nilai seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie).
  • mata wang timah (calains) terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah.
  • - ada juga mata wang emas dan perak.
  • - mata wang Pasai: Hormuz dan Cambay

iv) Orang Laut 

  • - beri taat setia kepada raja.
  • - mengekalkan kestabilan kerajaan.
  • - memastikan urusan perdagangan dijalankan tanpa gangguan.
  • - merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang.
  • - sebagai tentera ( menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka).

v) Kemudahan Pelabuhan

  • - gudang tempat menyimpan barang.
  • - kemudahan pengangkutan, tempat beribadah, bekalan makanan, dan minuman.
  • - khidmat membaiki kapal.
  • - tempat penginapan.
  • - Syahbandar mengurus kebajikan pedagang.


5) Hubungan Luar.

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Alam Melayu.

- Pasai

  • hubungan berlaku kerana sama taraf.
  • hubungan diplomatik: perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Ratna Kaumala (Pasai).
  • berlaku kerana mahu berkongsi pendapat dan berbincang tentang agama Islam.
  • hubungan ini bantu Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam.

- Demak.

  • kepentingan bersamadalam perdagangan dan penyebaran Islam.
  • Demak membekalkan: beras, bahan makanan, rempah ratus, dan tentera kepada Melaka.

- Majapahit.

  • perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit.
  • mengukuhkan persahabatan.
  • wilayah Melaka menjadi luas.
  • tamat ancaman Majapahit.

- Makasar

  • Melaka hantar utusan persahabatan.
  • berlaku dalam aspek: perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan, dan kesenian.
  • semakin rapat kerana Makasar menghadiahi " Budak Raja " kepada Sultan Melaka.


Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Luar Alam Melayu.

- China.

  • terjalin dengan kunjungan utusan yang diketuai oleh Yin Ching (1403) dan Laksamana Zheng He (1405)
  • pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian dari Sultan Melaka sebagai pengiktirafan.
  • dapat naungan dan perlindungan China.
  • dapat elak ancaman Siam.
  • Melaka mahu menang-menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatan.

- Ryukyu (Jepun)

  • menjalinkan hubungan diplomatik.
  • Sultan Mansur Shah berutus surat berkaitan tingkah laku pedagang Ryukyu yangmelanggar undang-undang Melaka.
  • tingkatkan perdagangan dengan Melaka.

- Siam.

  • melaka diancam Siam semasa pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah.
  • hubungan atas dasar diplomatik dan perdagangan.
  • Melaka menghantar utusan ke Siam, diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
  • Melaka dapat bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan dari Siam.
  • menjamin keselamatan Melaka.

- Kerajaan Lain.

  • hubungan perdagangan: Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel, dan Bengal.
  • jalin hubungan: Mesir, Parsi, Turki, dan Arab.
  • kesan: Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam yang terulung di Alam Melayu.



PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA.

- kedatangan Portugis (1511)

1) faktor - faktor kejatuhan Melaka.

  • - Faktor Dalaman
    • ketidakstabilan politik
    • kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran.
    • pilih kasih, rasuah, penyelewengan dalam pentadbiran.
    • perbalahan sesama para pembesar.
  • - Faktor Luaran (Serangan Portugis)
    • matlamat: kekayaan, keagungan, kemasyhuran, mengawal perdagangan rempah, menyebarkan agama Kristian, dan hapus penguasaan pedagangan Islam.

2) Masalah Perpaduan.

  • rakyat tidak bersatu padu.
  • persaingan kuasa antara pembesar Melaka (perpecahan)
  • askar upahan luar tidak taat setia kepada Melaka.


PERISTIWA KEJATUHAN MELAKA

  • angkatan Portugis tiba di pelabuhan Melaka pada tahun 1509 diketuai oleh Lopez de Sequeira dan disambut baik oleh penduduk Melaka.
  • tujuan mereka diketahui oleh pedagang Jawa dan Gujerat. Bendahara Tun Mutahir memaklumkannya kepada Sultan Mahmud Shah. Beberapa orang Portugis berjaya ditangkap bunuh.
  • Pada tahun 1510, Raja Portugal menghantar Alfonso de Albuquerque untuk menuntut bebaskan tawanan, bayar ganti rugi, dan benarkan pihak Portugis membina kubu.
  • 25 Julai 1511, tentera Portugis menyerang Melaka. Portugis menguasai Jambatan Muara Sungai Melaka.
  • Sultan Mahmud Shah mengetuai pasukan tentera Melaka.

    • - STRATEGI MELAKA MENGHADAPI SERANGAN PORTUGIS.
    • guna lancaran dan perahu berapi
    • pertahanan dikuatkan di kawasan pantai dengan kayu kayan, pelbagai jenis meriam dan peti peti berisi serbuk peluru.
    • tembakan meriam bertalu-talu dari pantai
    • tentera bergajah
    • semangat juang yang tinggi
    • askar tempatan digambarkan mempunyai semangat juang keperwiraan yang tinggi

  • 24 Ogos 1511, pihak Portugis berjaya menguasai Melaka.
  • Sultan Mahmud Shah berundur ke Bentan.
  • diantara tahun 115-1519, Sultan Mahmud Shah melakukan 3 kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.
  • pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan dimusnahkan oleh Portugis.
  • Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar.
  • Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar pada tahun 1528.


Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. 

Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.

Semoga berjumpa lagi pada coretan seterusnya.☺😉



ADAKAH ANDA MINAT BELAJAR SEJARAH?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CONTOH KARANGAN LAPORAN BESERTA FORMAT MENULIS LAPORAN DAN JENIS-JENIS LAPORAN

TIPS MENULIS KARANGAN SYARAHAN DAN UCAPAN BESERTA CONTOH.

6 CONTOH KARANGAN FAKTA UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH TAHAP DUA