PERBAHASAN KARANGAN SEKOLAH RENDAH
Hi!
Hari ini saya akan membuat perkongsian tentang perbahasan.
Mari kita mulakan.
PERBAHASAN TENTANG MELANCONG DALAM NEGARA LEBIH BAIK DARIPADA MELANCONG KE LUAR NEGARA.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisan pembangkang, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Izinkan saya menyampaikan perbahasan yang bertajuk "Melancong dalam Negara Lebih Baik daripada Melancong ke Luar Negara".
Hadirin yang dimuliakan,
Hujah pertama saya adalah apabila kita melancong dalam negara, kita boleh mendapat kos perbelanjaan yang murah dan jimat. Kita juga tidak perlu membayar tiket penerbangan.
Hujah kedua saya pula ialah makanan dan cara hidup di dalam negara juga tidak jauh bezanya. Kita juga mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat berbanding di luar negara.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang ketiga ialah kita boleh melawati banyak tempat menarik kerana kita telah mengetahui arah destinasi yang hendak dituju. Sambil melancong, kita juga boleh menanamkan semangat cinta akan negara.
Hujah saya yang terakhir ialah kita tidak akan memakan masa yang lama untuk mencari tempat-tempat yang menarik. Kita juga boleh melancong banyak tempat dalam masa seminggu.
Berdasarkan hujah yang telah diberikan, terdapat pelbagai kelebihan melancong dalam negara.
Sekian, terima kasih.
Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.
Sekian, terima kasih.
PERNAHKAH ANDA MENYERTAI PERTANDINGAN PERBAHASAN?
.png)

Ulasan
Catat Ulasan