6 CONTOH KARANGAN FAKTA UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH TAHAP DUA

Hi!

Hari ini saya akan berkongsi beberapa contoh karangan fakta.

Mari kita mula.




KARANGAN FAKTA

TOPIK KARANGAN FAKTA YANG DIBINCANGKAN IALAH:

  • KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET.
  • KARANGAN FAKTA KESAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK.
  • KARANGAN FAKTA TENTANG USAHA-USAHA MEMELIHARA WARISAN TINGGALAN SEJARAH.
  • KARANGAN FAKTA TENTANG KESAN BUDAYA MELEPAK DALAM KALANGAN REMAJA.
  • KARANGAN FAKTA TENTANG CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI.
  • KARANGAN FAKTA KEBAIKAN SAINS KEPADA MANUSIA.





KARANGAN FAKTA TENTANG KEBURUKAN INTERNET.

Mari kita buat karangan fakta tentang keburukan Internet.

   Internet mempunyai banyak kebaikan. Namun begitu, Internet juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Berikut adalah keburukan-keburukan internet.

   Antara keburukan Internet ialah menyalahgunakan media sosial. Sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk menjatuhkan individu lain. Kesannya, masalah sosial akan meningkat.

   Selain itu, Internet mempunyai laman web yang tidak sesuai untuk pengguna di bawah umur seperti kanak-kanak dan remaja belasan tahun. Laman web ini akan mempengaruhi anak remaja untuk membuat perkara yang tidak baik.

   Seterusnya, terdapat pelbagai unsur negatif di dalam Internet. Internet juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Hal ini akan merosakkan minda pengguna Internet.

   Akhir sekali, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang. Pihak yang dituduh bersalah kerana menyalahgunakan Internet boleh didakwa di atas kesalahan jenayah siber.

   Akhirulkalam, kita seharusnya menjadi pengguna Internet yang memanfaatkan teknologi Internet untuk kebaikan. Kita juga perlu menggunakan Internet dengan cara yang betul.





KARANGAN FAKTA KESAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK.

Mari kita buat karangan fakta tentang pengambilan makanan ringan.

   Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Ianya kerana makanan ringan mempunyai rasa yang manis dan warna yang menarik. Berikut adalah kesan pengambilan makanan ringan.

   Makanan ringan mudah diperoleh di mana-mana sahaja. Misalnya, makanan ringan boleh didapati di kanatin sekolah. Pihak sekolah seharusnya melarang makanan ringan dijual di kantin sekolah.

   Selain itu, makanan ringan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Makanan ringan juga tidak berkhasiat. Jika makanan ringan diambil secara berlebihan, ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan.

   Seterusnya, makanan ringan juga memounyai pewarna dan perisa yang berlebihan. Pewarna dan perisa ini akan merosakkan sistem saraf otak. Kesannya kita akan mudah lupa pelajaran yang diajar oleh guru.

   Akhir sekali, kanak-kanak mudah tertarik dengan warna makanan ringan. Mereka sanggup membazirkan duit untuk membeli makanan ringan. Ibu dan bapa juga perlu memantau perbelanjaan anak-anak mereka.

   Intihannya, murid-murid perlu diberi kesedaran tentang kesan pengambilan makanan ringan yang berlebihan. Hal ini kerana makanan ringan mempunyai banyak keburukannya.



KARANGAN FAKTA TENTANG USAHA-USAHA MEMELIHARA WARISAN TINGGALAN SEJARAH.

Mari kita buat karangan fakta tentang warisan tinggalan sejarah.

   Tinggalan sejarah ialah sejarah yang pernah berlaku di negara kita. Terdapat pelbagai usaha untuk memelihara warisan tinggalan sejarah.

   Antara usahanya ialah pihak berwajib boleh mengisytiharkan tempat yang mempunyai banyak sejarahnya sebagai tapak warisan sejarah. Kesannya, tapak warisan ini akan diingati oleh masyarakat kini.

   Selain itu, kita juga perlu menjaga warisan sejarah ini. Warisan ini perlu dijaga dengan baik agar generasi akan datang boleh mempelajari tentang warisan sejarah tersebut. Tapak sejarah juga akan lebih terurus dan terpelihara.

   Akhir sekali, kita perku menjaga reka bentuk warisan ini. Antara tapak warisan yang perlu dijaga ialah Kota A'Famosa, Makam Mahsuri dan sebagainya. Kesannya, generasi akan datang dapat mengenali sejarah ini.

   Akhirulkalam, terdapat pelbagai usaha untuk memelihara warisan tinggalan sejarah. Kita perlu terus memelihara sejarah ini agar ia berkekalan di negara kita.





KARANGAN FAKTA TENTANG KESAN BUDAYA MELEPAK DALAM KALANGAN REMAJA.

Mari kita buat karangan fakta tentang budaya melepak.

   Darsawarsa ini, ramai remaja terlebat dengan budaya melepak. Aktiviti ini hanya membuang masa dan tidak berfaedah untuk kita. Berikut adalah kesan budaya melepak dalam golongan remaja.

   Antara faktor anak memilih untuk melepak kerana sikap ibu bapa. Ibu dan bapa lebih mementingkan kerjaya daripada segala-galanya. Hal ini akan menyebabkan anak mereka berasa terabai dan bersendirian .

   Selain itu, remaja sering terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Mereka lebih suka pergi ke kafe siber dan bermain permainan video berbanding mengulangkaji pelajaran. Sekiranya perkara ini berlarutan, golongan muda di negara kita akan mundur.

   Seterusnya, anak-anak remaja juga mudah terikut dengan persekitaran mereka. Persekitaran yang berisiko adalah seperti remaja yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPR/PPRT) dan rumah flat. Mereka cenderung untuk melakukan perkara negatif.

   Kesimpulannya, perkara ini perlulah dibendung dengan kadar segera. Ibu, bapa dan guru perlulah memberi perhatian mengenai isu ini.





KARANGAN FAKTA TENTANG CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI.

Mari kita buat karangan fakta tentang keselamatan diri.

   Keselamatan diri merupakan perkara yang penting dan perlu dijaga sebaik mungkin. Apabila kita menjaga keselamatan diri, kita boleh mengurangkan risiko untuk mendapat masalah di dalam kehidupan. Berikut adalah cara-cara menjaga keselamatan diri.

   Antara caranya adalah dengan mengamalkan cara pemakaman yang berkhasiat. Makanan berkhasiat perlu ada karbohidrat, vitamin dan protein. Kesannya, kita dapat membesar dengan sihat.

   Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Antara aktiviti yang dimaksudkan adalah penagihan dadah, merokok dan minum minuman keras seperti arak. Hal ini kerana aktiviti tersebut memberi impak yang negatif terhadap kesihatan kita.

   Seterusnya, kita perlu berjalan secara berkumpulan di tempat awam. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada berjalan di tempat yang sunyi. Kesannya, keselamatan diri ketika berada di tempat tersebut lebih terjamin.

   Akhir sekali, kita juga digalakkan mempelajari seni mempertahankan diri. Antara contohnya ialah silat, karate dan judo. Kita juga digalakkan membawa alat pertahanan diri seperti payung, alat penyembur lada dan crisel ketika bersendirian.

   Intihannya, kita perlu sentiasa berhati-hati di mana jua kita berada. Sayangi nyawa kita selagi mana kita masih bernafas.





KARANGAN FAKTA KEBAIKAN SAINS KEPADA MANUSIA.

Mari kita buat karangan fakta tentang Sains.

   Sains merupakan suatu ilmu yang diajar di peringkat sekolah hingga ke universiti. Berikut merupakan kebaikan Sains kepada manusia.

   Antara kebaikannya ialah Sains dapat memajukan industri perkilangan di Malaysia. Hal ini akan memberikan impak positif terhadap industri negara kita. Kesannya, negara kita akan menjadi lebih maju.

   Selain itu, Sains juga memajukan sektor pertanian. Kini terdapat pelbagai cara untuk menanam sayur-sayuran dengan lebih segar. Cara ini dapat menambah pendapatan rakyat.

   Seterusnya, Sains juga memajukan kemudahan pengangkutan. Manusia kini tidak perlu menggunakan haiwan sebagai pengangkutan. Hal ini dapat memudahkan aktiviti-aktiviti seharian manusia.

   Akhir sekali, penciptaan mesin juga dihasilkan oleh Sains. Penciptaan mesin yang memudahkan manusia ialah mesin membasuh pakaian, ketuhar, peti sejuk dan sebagainya. Kesannya, mesin-mesin ini akan memudahkan kerja manusia.

   Akhirulkalam, terdapat banyak kebaikan Sains kepada manusia. Sains sungguh bermanfaat dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, perkilangan dan pertanian.



Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Saya mohon maaf sekiranya ada salah dan silap mengenai blog ini.

Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.

Sekian, terima kasih. 


FAKTA APA YANG PALING MEMBUKA MINDA ANDA? KONGSIKAN DI RUANGAN KOMEN!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CONTOH KARANGAN LAPORAN BESERTA FORMAT MENULIS LAPORAN DAN JENIS-JENIS LAPORAN

TIPS MENULIS KARANGAN SYARAHAN DAN UCAPAN BESERTA CONTOH.