KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI DAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH.
Hi!
Hari ini saya akan terangkan tentang surat kiriman.
Mari kita mulakan dengan pengenalannya.
JENIS-JENIS SURAT KIRIMAN
- SURAT KIRIMAN RASMI
- SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini.
SURAT KIRIMAN RASMI
SURAT UNTUK MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN.
Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Convent
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands.
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands. 6 MEI 2017
Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Dewan.
Merujuk perkara di atas, saya, Nurul Binti Faroq sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu memohon kebenaran untuk menggunakan dewan bagi tujuan pertandingan bercerita anjuran Persatuan Bahasa Melayu.
2. Untuk pengetahuan tuan, Pihak Persatuan Bahasa Melayu ingin meminjam dewan pada 11 Mei 2017, hari Isnin pada waktu 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
3. Pihak Persatuan Bahasa Melayu juga berjanji akan membersihkan dewan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nurul
(NURUL BINTI FAROQ)
SURAT UNTUK MEMESAN BEBERAPA NASKHAH BUKU CERITA.
Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.
Setiausaha Pusat Sumber,
Sekolah Kebangsaan Citera,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Pengurus Penerbitan,
Ana Muslim Sdn Bhd,
12, Jalan 3/4C,
53100 Desa Melawati,
Kuala Lumpur. 6 MEI 2018
Tuan,
Memesan Beberapa Naskhah Buku Cerita.
Meeujuk perkara di atas, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Citera ingin memesan beberapa naskhah buku cerita daripada syarikat tuan.
2. Tajuk buku cerita yang hendak dipesan adalah "Awas Samseng Sekolah", "Manisnya Senyumanmu" dan "Azimat UPSR". Sebanyak 5 naskhah bagi setiap tajuk buku tersebut.
3. Jumlah harga buku yang telah disebutkan adalah sebanyak RM200.00. Pihak Pusat Sumber Sekolah akan mengirimkan wang bersama wang pos kepada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nabil
(NABIL BIN NAJIB)
Setiausaha,
Pusat Sumber,
Sekolah Kebangsaan Citera.
SURAT UNTUK MEMOHON KEBENARAN BAGI MENGADAKAN KEMPEN MENGUMPUL BARANG KITAR SEMULA.
Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.
Setiausaha,
Green Guardian Group,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Temenggong,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 13 JULAI 2019.
Tuan,
Memohon Kebenaran bagi Mengadakan Kempen Mengumpul Barangan Kitar Semula.
Merujuk perkara di atas, saya, Shafira Binti Yaakob ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan kempen Mengumpul Barangan Kitar Semula.
2. Pihak Green Guardian Group ingin mengadakan kempen ini pada hari Jumaat, 23 Julai 2019. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memperkenalkam kepada murid tentang amalan 3R.
3. Waktu Kempen ini dijalankan adalah pada jam 8.00 pagi hingga 1.20 petang.
4. Semoga dengan kempen ini murid-murid akan mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan mereka. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Shafira
(SHAFIRA BINTI YAAKOB)
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.
No.21, Jalan Melur,
Taman Indah,
51500, Kuala Lumpur.
1 Julai 2019.
Kehadapan saudari Fazilah yang berada di Sabah. Semoga saudari dan keluarga sihat selalu.
Saudari,
Apa khabar saudari di sana? Saya di sini sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berceritakan tentang persediaan yang saya lakukan bagi menghadapi Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR).
Salah satu persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan ini adalah membuat ulang kaji. Pada waktu siang, saya membuat ulang kaji di perpustakaan sekolah atau di perpustakaan awam. Pada waktu malam pula, saya membuat ulang kaji di rumah. Hal ini kerana saya berasa lebih tenang untuk membuat ulang kaji pada waktu itu.
Saya dan beberapa orang rakan yang lain telah mewujudkan kumpulan belajar. Kami bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Kami juga berbincang semasa menjawab contoh soalan UPSR.
Selain itu, ibu bapa saya telah membeli buku-buku latihan untuk saya. Saya juga rajin membuat latih tubi yang telah disediakan. Saya juga patuh pada jadual belajar saya.
Akhir sekali, saya menyertai seminar dan bengkel menjawab soalan peperiksaan yang diadakan di sekolah setiap hari Sabtu. Dengan ini, saya lebih yakin untuk menjawab soalan UPSR.
Saya turut mendoakan supaya saudari juga berjaya dalam peperiksaan UPSR kelak. Kirimkan salam saya kepada keluarga saudari di sana. Semoga kita bertemu lagi dalam coretan yang akan datang.
Sahabatmu,
Mawariah
Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.
Sekian, terima kasih.
PERNAHKAH ANDA MENGIRIM SURAT KEPADA RAKAN ANDA?
JAWAB DI BAHAGIAN KOMEN YA!
.png)




Ulasan
Catat Ulasan