8 CONTOH PENULISAN ULASAN

Hi!

Hari ini saya akan berkongsi tentang ulasan.

Mari kita mulakan.




ULASAN TENTANG MARKAH BAHASA MELAYU YANG DIPEROLEH ALIAS.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Graf menunjukkan markah Alias bagi Penulisan Bahasa Melayu dan maklumat tentang usaha yang dilakukan olehnya.

   Salah satu punca markah Penulisan Bahasa Melayu Alias meningkat dengan mendadak adalah kerana Alias banyak membaca buku seperti buku novel Bahasa Melayu. Hal ini akan membantu Alias dalam membuat karangan cerita. Selain itu, Alias juga banyak membuat latih tubi seperti latihan membina ayat, membuat ulasan dan karangan. Cara ini dapat melatih Alias untuk membina ayat, ulasan dan karangan yang lebih baik. Alias juga dapatt mengingati apa yang telah dipelajarinya di sekolah.

   Kesimpulannya, jika kita ingin berjaya, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.




ULASAN TENTANG KEMPEN MENJIMATKAN AIR.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Gambar menunjukkan tentang kempen menjimatkan air. Terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan air.

   Antara salah satu cara untuk menjimatkan air adalah dengan menutup pili air selepas digunakan. Waktu yang paling banyak air dibazirkan adalah sewaktu memberus gigi. Oleh itu, kita hendaklah menutup pili air semasa memberus gigi. Cara ini dapat menjimatkan penggunaan air. Selain itu, kita juga perlu menggunakan air dengan berhemah. Contohnya, kita perlu menggunakan air mengikut kadar yang diperlukan sahaja. Kesannya, kita dapat mengelakkan pembaziran air.

   Intihannya, terdapat banyak cara untuk menjimatkan air.




ULASAN TENTANG AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Gambar di bawah menunjukkan tentang amalan gaya hidup sihat. Terdapat pelbagai cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

   Antara salah satu amalan gaya hidup sihat adalah dengan berjoging setiap pagi. Amalan ini dapat mengeluarkan peluh dan dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti. Selaim itu, kita perlu mengetip kuku untuk menjaga kebersihan kuku. Kesannya, kuku kita menjadi lebih bersih. Amalan ini juga dituntut dalam agama. Kita juga perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Hal ini adalah untuk menjaga kebersihan gigi. Akhir sekali, kitq perlu mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

   Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.




ULASAN TENTANG CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI SENDIRI.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita tidak mudah terkena penyakit. Terdapat beberapa cara untum memastikan kesihatan diri terjaga.

   Cara yang paling utama ialah seseorang itu perlulah menjaga kebersihan diri. Contoh menjaga kebersihan diri adalah seperti mandi, memakai pakaian bersih dan menggosok gigi. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting. Kita mestilah makan makanan seperti makanan yang mempunyai vitamin dan mineral. Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik. Hal ini kerana senaman dapat mengeluarkan peluh. Akhir sekali, seseorang yang mahu menjaga kesihatan dirinya perlulah bertemu doktor secara berkala. Kesannya, kita dapat mengesan sebarang penyakit pada peringkat awal.

   Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara menjaga kesihatan diri.




ULASAN TENTANG KEBAIKAN-KEBAIKAN INTERNET.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Peta buih di bawah menunjukkan kebaikan-kebaikan Internet.

   Salah satu kebaikan Internet ialah dapat mencari maklumat dengan lebih mudah. Kita dapat menggunakan laman sesawang seperti "Google" dan "Mozirella Firefox" untuk melakukan pencarian maklumat. Hal ini membolehkan kita untuk mengakses maklumat sesuatu perkara dengan pantas. Selain itu, komunikasi akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi seperti "Whatsapp" dan "Instagram". Secara tidak langsung, kita dapat menambah kenalan di seluruh dunia. Kita juga dapat membuat pembayaran bil-bil dan membuat pembelian dalam talian. Hal ini dapat memudahkan urusan dan dapat menjimatkan masa.

   Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan Internet yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.




ULASAN TENTANG CARA MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN RUMAH.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Rumah ialah tempat tinggal dan tempat perlindungan manusia daripada hujan dan cahaya matahari. Kita seharusnya menjaga kebersihan kawasan rumah kita dengan sebaik-baiknya.

   Cara yang paling utama ialah kita perlu mengadakan program gotong-royong. Program gotong-royong dapat memastikan kerja pembersihan menjadi lebih mudah. Selain itu, kita perlu mengutip sampah seperti tin dan botol. Hal ini kerana nyamuk Aedes membiak di dalam tin-tin kosong dan botol yang tidak ditutup. Akhir sekali, kita perlu buang sampah ke dalam tong sampah. Kesannya, kita dapat mengelakkan pembiakan lalat dan haiwan-haiwan pembawa penyakit.

   Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan rumah kita.




ULASAN TENTANG KEGUNAAN POKOK GETAH.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Gambar menunjukkan kegunaan pokok getah. Terdapat banyak kegunaan pokok getah dalam kehidupan seharian kita.

   Salah satu kegunaan pokok getah ialah dapat dibuat tayar kenderaan. Tanpa tayar, kenderaan tidak boleh bergerak. Tyar dihasilkan daripada getah juga sangat berkualiti dan tahan lasak. Tayar ini juga dieksport ke luar negara. Selain itu, getah juga boleh dibuat selipar. Selipar digunakan oleh manusia untuk melindungi bahagian kaki daripada kecederaan dan kekotoran. Selipar juga sangat selesa untuk dipakai. Seterusnya, getah juga boleh dijadikan kasut but. Kasut but selalunya dipakai oleh pekerja yang bekerja dalam sektor pertanian dan pembinaan. Kasut ini juga dapat mengelakkan kaki terkena objek tajam. Akhir sekali, getah boleh dijadikan sarung tangan getah. Petugas-petugas kesihatan menggunakan sarung tangan getah untuk merawat pesakit dan mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

   Kesimpulannya, terdapat banyak kegunaan pokok getah kepada manusia.




ULASAN TENTANG PERLAWANAN PERSAHABATAN.

Mari kita buat karangan tentang tajuk ini.


Petikan berkaitan tentang Perlawanan Persahabatan Sekolah Kebangsaan Cempaka.

   Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Cempaka sudah berlatih dengan gigih. Mereka mendengar tunjuk ajar daripada guru yang melatih mereka. Hal ini supaya mereka tidak melakukan kesalahan dalam perlawanan. Apabila hari perlawanan tiba, mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cempaka datang untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah mereka. Dengan sokongan ini, mereka lebih bersemangat untuk bermain. Selepas tamat perlawanan, para pemain berjabat tangan bagi mengamalkan semangat kesukanan. Hal ini juga dapat mengelakkan permusuhan antara mereka.

   Kesimpulannya, walaupun mereka tewas, mereka tetap berazam akan berlatih bersungguh-sungguh.


Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.

Sekian, terima kasih.


APAKAH PERASAAN ANDA HARI INI? KONGSIKAN DI BAWAH. 


 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CONTOH KARANGAN LAPORAN BESERTA FORMAT MENULIS LAPORAN DAN JENIS-JENIS LAPORAN

TIPS MENULIS KARANGAN SYARAHAN DAN UCAPAN BESERTA CONTOH.

6 CONTOH KARANGAN FAKTA UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH TAHAP DUA