CARA UNTUK MENULIS KARANGAN BERITA BESERTA CONTOH.
Hi!
Hari ini saya akan bercerita tentang KARANGAN BERITA.
Mari kita mulakan.
CADANGAN IDEA UNTUK MENULIS KARANGAN BERITA:
Apabila menulis karangan berita, anda boleh menggunakan teknik 5W.
What (apa) - Terangkan apa yang terjadi dalam peristiwa tersebut.
When (bila) - Tarikh dan masa berlakunya peristiwa itu.
Where (di mana) - Nyatakan tempat kejadian.
Who (siapa) - Berikan nama orang yang terlibat.
Why (mengapa) - Beritahu sebab peristiwa itu berlaku.
Mari kita lihat contoh-contoh karangan ini.
KARANGAN BERITA TENTANG KEJADIAN BANJIR.
Mari kita buat karangan berita berkenaan banjir.
KUALA LUMPUR, 20 April - Penduduk telah dikejutkan dengan air banjir yang melanda kawasan mereka. Beberapa orang kanak-kanak telah lemas kerana dihanyutkan air banjir semasa tidur.
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur telah dilanda banjir itu. Antaranya ialah Cheras, Puchong, Kampung Batu dan Batu Muda Tambahan.
Kejadian ini telah berlaku pada 12.00 tengah malam. Semua penduduk di kawasan tersebut terkejut kerana mendapati rumah mereka telah dimasuki air. Penduduk juga tidak lena untuk tidur pada malam itu.
Setelah membuat siasatan, didapati bahawa banjir ini berlaku kerana salah satu longkang besar di kawasan itu tersumbat dengan sampah yang tidak diuruskan. Hujan juga turun dengan lebat sejak pukul 7.00 malam.
Menurut Ketua Penyelamat, Encik Aimin Bin Shahmizan berkata, kesemua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berhampiran. Ini merupakan tragedi yang paling teruk pernah dialami di sekitar Kuala Lumpur.
Kejadian ini terjadi kerana sikap beberapa orang penduduk di kawasan itu yang suka membuang sampah ke dalam longkang sehingga menyebabkan longkang itu tersumbat. Encik Aimin Bin Shahmizan juga memberi cadangan supaya penduduk di kawasan ini membuat gotong-royong setiap enam bulan sekali.
KARANGAN BERITA TENTANG MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.
Mari kita buat karangan berita berkenaan banjir.
KLUANG, 7 Jun - Majlis penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kluang telah diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kluang, Dato' Hussein Bin Ramli. Beliau akan mencari dana untuk membina semula rumah yang telah runtuh semasa berlakunya banjir.
Mangsa-mangsa banjir turut menerima bantuan daripada Wakil Rakyat itu. Bantuan yang dihulurkan adalah seperti pakaian, makanan dan wang tunai yang berjumlah RM500.
Mangsa-mangsa banjir sangat bersyukur setelah menerima bantuan daripada Wakil Rakyat tersebut. Ketua penduduk, Pak Amir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Hussein.
Para hadirin telah menikmati jamuan ringan yang disediakan. Jamuan ringan ini diadakan setelah berakhirnya majlis pemberian bantuan itu.
Seminggu selepas itu, banjir semakin surut. Mangsa-mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka berasa sungguh gembira kerana dapat pulang ke rumah mereka.
KARANGAN BERITA TENTANG SUATU KEBAKARAN YANG BERLAKU DI SEBUAH BANGUNAN RUMAH KEDAI.
Mari kita buat karangan berita berkenaan kebakaran.
SHAH ALAM, 12 Oktober - Kebakaran berlaku di sebuah bangunan rumah kedai berhampiran kawasan perumahan di Shah Alam.
Wartawan mengambil gambar di lokasi berkenaan. Hampir kesemua barangan di dalam rumah kedai hangus terbakar.
Pihak perumahan segera menghubungi pihak bomba. Pihak bomba bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Pihak bomba ingin mengelakkan api daripada terus merebak ke bangunan sebelah.
Seorang wartawan telah menemu ramah pemilik rumah kedai terbabit. Beliau menggesa pihak yang berwajib untuk membuat siasatan bagi mencari punca kebakaran itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini kerana kebakaran berlaku pada pukul 12.00 malam semalam dan semua pekerja telah pulang dari kerja.
Kerugian melibatkan lebih daripada RM200,000 dan pemilik terpaksa menghentikan perniagaannya. Beliau berasa sangat sedih. Beliau telah membeli insurans perniagaan sebelum insiden berlaku dan kini menunggu untuk pampasan dibuat.
Pihak bomba sedang mencari saksi punca kebakaran. Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan insiden ini boleh melaporkan diri di Balai Polis Shah Alam.
Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.
Sekian, terima kasih.
BERITA TERGEMPAR APA YANG ANDA TAHU? SILA KONGSIKAN DI BAWAH!
.png)




Ulasan
Catat Ulasan