8 KOLEKSI CONTOH KARANGAN CERITA DAN KEPERIHALAN BAGI MURID SEKOLAH RENDAH
Hi!
Hari ini saya akan memberikan beberapa contoh karangan cerita atau keperihalan.
Mari kita mulakan.
KARANGAN CERITA.
TOPIK CERITA YANG DIBINCANGKAN IALAH:
- CERITA TENTANG SEORANG YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTIK YANG TINGGI.
- CERITA TENTANG SESEORANG YANG KAMU SAYANGI.
- CERITA TENTANG KEJOHANAN SUKAN DI SEKOLAH.
- CERITA TENTANG SUASANA SEMASA HARI KANTIN.
- CERITA TENTANG SUASANA SUKANEKA DI SEKOLAH.
- CERITA TENTANG SUASANA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI TEMPAT TINGGAL.
- CERITA PENGALAMAN MENYAKSIKAN KES KEMALANGAN LANGGAR LARI.
- CERITA TENTANG MEMBANTERAS JENAYAH CETAK ROMPAK.
CERITA TENTANG SEORANG YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTIK YANG TINGGI.
Mari kita buat cerita tentang semangat patriotik.
Dalam sebuah kampung, terdapat seorang warga emas bernama Haji Musaab Bin Ahmad Rosli. Beliau merupakan pesara Tentera Darat. Haji Musaab pernah terkena das tembakan menyebabkan beliau menjadi Orang Kurang Upaya.
Bunyi kokokan ayam jantan mengejutkan Haji Musaab daripada lenanya. Beliau bingkas menyiapkan dirinya. Haji Musaab tidak mahu ketinggalan kerana mahu menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan. Umur dan kekurangan dirinya tidak menghalang beliau untuk pergi ke perarakan tersebut.
Tiba-tiba, sekumpulan kanak-kanak mengekori Haji Musaab dari belakang. Mereka hairan melihat Haji Musaab begitu bersemangat hendak menyambut Hari Kemerdekaan walaupun neliau Orang Kurang Upaya (OKU).
Kanak-kanak itu teruja melihat Haji Musaab kerana beliau mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Salah seorang daripada kanak-kanak tersebut memberi bendera kecil untuk dikibarkan semasa perarakan nanti.
Sekolah kanak-kanak tersebut mengambil bahagian dalam perarakan itu. Mereka melihat Haji Musaab juga hadir mengibarkan bendera kecilnya dan tersenyum. Ketua murid di sekolah kanak-kanak itu menjadi ketua bagi perarakan tersebut.
Sekarang, kanak-kanak tersebut telah sedar betapa pentingnya semangat .cinta akan negara. Mereka juga bercita-cita untuk mempunyai semangat patriotik yang ditunjukkan oleh Haji Musaab.
CERITA TENTANG SESEORANG YANG KAMU SAYANGI.
Mari kita buat cerita tentang seseorang yang kita sayangi.
Nama ibu saya ialah Siti Asilah Binti Sobri. Ibu saya berumur 30 tahun. Kami tinggal di Kampung Seri Sentosa. Ibu saya lahir pada 13 Mei 1993.
Ibu saya merupakan atlet yang mewakili sukan hoki dan bola jaring di sekolah menengah. Ibu saya juga mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semasa ibu saya berumur 20 tahun, beliau mendapat diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.
Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan. Ibu saya pernah menjadi pengurus dalam sebuah syarikat di sektor swasta. Ibu saya juga pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu, Bapa dan Guru di sekolah saya.
Ibu saya merupakan seorang yang rajin melayan karenah anak-anaknya. Beliau juga seorang yang tegas dalam melatih saya dan adik supaya berdisiplin dan berdikari sendiri. Beliau mempunyai sikap penyayang terhadap keluarganya.
Kini, ibu saya menjadi suri rumah sepanjang masa. Ibu saya sangat sayang akan keluarganya. Ibu saya mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan saya dan adik. Ibu saya juga pernah menolong mangsa banjir semasa memasuki Persatuan Renjer Puteri.
Walaupun beliau sudah tua, beliau masih cergas melayan keluarganya. Saya gembira kerana dapat berbakti kepada ibu saya.
CERITA TENTANG KEJOHANAN SUKAN DI SEKOLAH.
Mari kita buat cerita tentang kejohanan sukan.
Sekolah Kebangsaan Puncak Jaya telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah. Program ini diadakan pada hari Jumaat, 22 Jun 2016.
Acara perbarisan lintas hormat bermula pada pukul 9.00 pagi. Seramai 100 orang peserta terlibat dalam acara ini. Acara ini juga diwakili oleh badan unit beruniform sekolah.
Acara perasmian pula telah berlangsung. Guru besar telah menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah. Beliau berpesan agar murid-murid sentiasa mengamalkan semangat kesukanan.
Pad jam 10.00 pagi, acara olahraga bermula. Antara acara yang diadakan ialah lumba lari 100 meter, 4 × 100 meter dan 4 × 200 meter. Penonton memberi sorakan kepada para peserta.
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh guru besar. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis telah diadakan dengan jayanya.
CERITA TENTANG SUASANA SEMASA HARI KANTIN.
Mari kita buat cerita tentang suasana Hari Kantin.
Pada hari Jumaat yang lepas, Sekolah Kebangsaan Batu Empat telah mengadakan Hari Kantin. Semua guru dan murid berkumpul di dewan terbuka sekolah. Murid-murid berbaris mengikut barisan kelas masing-masing.
Ramai ibu bapa dan murid yang datang ke sekolah. Kehadiran ibu dan bapa memeriahkan lagi sambutan Hari Kantin pada tahun ini. Selepas itu, barisan pentadbir sekolah masuk ke dalam dewan. Semua warga sekolah dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Empat telah memberikan ucapan beliau. Beliau berharap agar program seperti ini dapat dibuat lagi pada tahun berikutnya.
Selepas ucapan perasmian, murid-murid dan ibu bapa dibenarkan untuk pergi ke gerai yang disediakan. Pelbagai gerai yang ada pada hari tersebut termasuklah gerai makanan, minuman dan permainan. Ahli Kelab Usahawan sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam sambutan ini.
Beberapa murid Tahap Dua membantu guru-guru menjual makanan. Terdapat juga murid yang membantu menjual minuman. Murid-murid juga membantu guru dalam urusan penjualan kupon.
Hari Kantin pada tahun ini juga menyediakan acara cabutan bertuah. Terdapat banyak hadiah yang lumayan disediakan. Hadiah ini ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Batu Empat.
Sambutan Hari Kantin telah berakhir pada pukul 2.00 petang. Murid-murid dikehendaki mengutip sampah dan membersihkan kawasan sekitar sekolah sebelum pulang. Semua murid berpuas hati dengan sambutan kali ini.
CERITA TENTANG SUASANA SUKANEKA DI SEKOLAH.
Mari kita buat cerita tentang sukaneka.
Sekolah Kebangsaan Setia telah mengadakan acara sukaneka. Program ini diadakan pada hari Rabu, 21 Julai 2019.
Acara lintas hormat bermula pada pukul 8.00 pagi. Seramai 30 orang peserta terlibat. Acara ini diwakili oleh kelas 3 Mawar.
Selepas itu, guru besar memberikan ucapannya. Guru besar berpesan supaya murid-murid mengamalkan semangat kesukanan dalam kehidupan seharian. Guru besar juga telah merasmikan program ini.
Acara yang diadakan untuk murid tahun 1 ialah cari gula-gula di dalam tepung. Murid tahun 2 pula memasukkan pundi kacang ke dalam baldi. Murid tahun 3 pula membawa bola pingpong di dalam sudu.
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh guru besar. Guru besar mengucapkan tahniah dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
CERITA TENTANG SUASANA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI TEMPAT TINGGAL.
Mari kita buat cerita tentang aktiviti gotong-royong.
Saya dan keluarga keluar dari rumah pada awal pagi. Kami berkumpul di balai raya. Tujuan kami berkumpul adalah untuk mengambil peralatan pembersihan.
Ketua kampung kami hadir pada jam 8.00 pagi. Beliau membahagikan tugas kepada penduduk. Kawasan diagihkan mengikut kawasan rumah masing-masing.
Selepas itu, kami mula menjalankan tugas. Kami membuat aktiviti ini selama dua jam. Kami bantu-membantu antara satu sama lain.
Makanan untuk jamuan telah disediakan oleh pihak wanita. Kaum wanita yang lain meneruskan tugasan membersihkan kawasan perumahan mereka.
Kami berasa sangat gembira dan kerja dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Seperti kata pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
CERITA PENGALAMAN MENYAKSIKAN KES KEMALANGAN LANGGAR LARI.
Mari kita buat cerita tentang kes kemalangan langgar lari.
Pada suatu petang, saya bermain badminton bersama rakan-rakan di padang berhampiran rumah. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi hon yang sangat kuat.
Kami terus berlari ke arah bunyi tersebut untuk mengetahui hal yang berlaku. Alangkah terkejutnya kami apabila menjumpai seorang budak perempuan sudah terbaring di atas jalan raya. Kami terlihat sebuah kereta segera meninggalkan tempat kejadian.
Kami cuba untuk membantu budak perempuan itu. Budak perempuan itu kelihatan sangat lemah dan tidak boleh bercakap. Seketika kemudian, beberapa orang lelaki dewasa berlari ke arah kami dan terus mengangkat budak perempuan itu.
Seorang lelaki menelefon ambulans untuk merawat budak itu. Pihak polis pula tiba beberapa minit selepas itu. Kami memberi nombor plat kenderaan yang melanggar budak perempuan itu kepada pihak polis.
Kami berasa sangat sedih dan kecewa kerana pemandu tersebut tidak bertanggungjawab dan melarikan diri atas perbuatannya. Kami berharap agar pemandu tersebut dapat ditangkap oleh pihak polis.
CERITA TENTANG MEMBANTERAS JENAYAH CETAK ROMPAK.
Mari kita buat cerita tentang jenayah cetak rompak.
Pada minggu lepas, aku mengikut jalan pintas untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, aku terdengar suara seseorang di sebalik semak-samun di jalan itu.
Aku terlihat seorang lelaki mengangkat sebuah bungkusan yang misteri. Aku mengekori lelaki itu. Aku mendapati bahawa bungkusan misteri itu dipenuhi dengan barangan cetak rompak.
Aku segera pulang ke rumah dan memberitahu ayahku tentang perkara tersebut. Selepas itu, ayahku terus menelefon pihak polis. Ayahku juga memberitahu orang kampung agar tidak membeli barangan cetak rompak daripada pihak itu.
Pihak polis berjaya memberkas penjenayah terbabit. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantu pihaknya membanteras jenayah cetak rompak.
Semoga info cerita ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.
Sekian, terima kasih.
KONGSIKAN PENGALAMAN MENARIK ANDA DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH!
.png)

.png)
.png)
.png)

.png)

.png)

Ulasan
Catat Ulasan