TIPS MENULIS AUTOBIOGRAFI BESERTA CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Hi!
Hari ini saya akan bercerita tentang autobiografi.
Mari kita mulakan dengan pengenalannya.
AUTOBIOGRAFI
Autobiografi ialah karangan tentang sesuatu objek yang tidak bernyawa dan diceritakan semula seolah-olah objek tersebut bernyawa.
CADANGAN UNTUK MENULIS AUTOBIOGRAFI:
Ini ialah cadangan saya bagi menulis autobiografi untuk anda. Anda boleh mengikutinya atau ikut sahaja kreativiti masing-masing.
- Pendahuluan - tentang asal-usul objek
- Isi 1 - kegunaan objek tersebut
- Isi 2 - objek itu milik siapa?
- Isi 3 - jasa objek tersebut
- Isi 4 - jasanya yang dikenang
- Penutup - nasib seterusnya
TOPIK AUTOBIOGRAFI YANG AKAN DIBINCANGKAN IALAH:
- AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA.
- AKU SEBUAH ROBOT.
- AKU SEBUAH DIARI.
- AKU SEPOHON POKOK PISANG.
- SAYA SEBUAH KERETA.
- AKU SEPOHON POKOK ROSELLA.
AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA.
Namaku Asus. Aku sebuah komputer riba. Aku diperbuat daripada besi, plastik, aluminium, dan komponen elektrik yang tercanggih di Asia.
Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu, aku dimasukkan ke dalam lori. Aku dihantar ke pusat bandar bersama rakan-rakan yang lain.
Setelah sampai, aku dipamerkan kepada semua orang. Aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai komputer itu. Ramai manusia suka akan reka bentuk aku.
Pada suatu hari, seorang lelaki telah membeli aku. Aku dibeli olehnya untuk dihadiahkan kepada anaknya. Anaknya kelihatan sungguh gembira.
Tuanku bernama Hisham. Aku digunakan setiap hari untuk menaip dan melayari internet. Maklumlah, tuan aku seorang pelajar universiti.
Pada 22 April yang lalu, tuanku telah menjatuhkan aku ke lantai tanpa sengaja. Lalu, aku pun pecah. Aku sudah tidak dapat digunakan lagi.
AKU SEBUAH ROBOT
Mari kita buat autobiografi berkenaan robot.
Namaku Akiro. Aku sebuah robot yang boleh membuat pelbagai kerja rumah seperti mengelap tingkap, mengemop dan banyak lagi.
Aku berasal daripada Jepun. Sebuah kilang telah menciptaku. Aku diperbuat daripada litar elektrik yang paling canggih di dunia.
Setelah aku siap dipasang, aku dimasukkan ke dalam kotak. Selepas itu, aku diagihkan ke dalam lori lalu dihantar ke kedai komputer. Aku pun dipamerkan kepada manusia.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang hartawan bernama Hiiro. Beliau membeli aku dengan harga 15,000 Yen. Beliau terus membawaku pulang.
Aku menjalankan pelbagai tugas di rumah seperti mengelap tingkap, mengemop dan lain-lain. Aku telah berkenalan dengan anak Tuan Hiiro iaitu Ritsu dan Sora. Aku suka menghiburkan mereka.
Aku bangga kerana telah berbakti kepada Tuan Hiiro. Aku ingin berbakti sehingga akhir nyawaku.
AKU SEBUAH DIARI
Mari kita buat autobiografi berkenaan diari.
Aku sebuah diari. Badanku berwarna merah jambu dan bercorak bunga-bungaan. Ramai manusia sukakan warna dan corak pada badanku.
Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan. Setiap muka suratku dicetak di kilang ini. Selepas itu, aku dibalut dengan plastik lut sinar.
Aku dan rakan-rakanku dimasukkan ke dalam lori untuk dihantar ke kedai yang menjual alat tulis. Setelah sampai, aku dipamerkan kepada orang ramai. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang gadis bernama Mira. Dia membeli aku dengan harga RM 20.00. Dia sugguh gembira lalu membawaku pulang.
Aku digunakan untuk mencatat peristiwa yang berlaku setiap hari di dalam hidup Mira. Aku juga digunakan untuk meluahkan perasaannya. Helaian demi helaianku diisi dengan tulisan tangan yang cantik.
Setelah habis kesemua muka suratku, Mira menyimpan aku di dalam sebuah kotak. Walaupun aku tidak lagi digunakan oleh Mira, Aku tetap berbangga kerana telah berbakti kepadanya.
AKU SEPOHON POKOK PISANG
Mari kita buat autobiografi berkenaan pokok pisang emas.
Namaku pokok pisang emas. Aku selalunya ditanam di belakang rumah. Kadangkala ada juga manusia yang menanamku di kebun dan di ladang.
Aku mempunyai banyak keistimewaan. Buahku rasanya manis. Buahku mempunyai warna yang menarik iaitu warna kuning. Buahku juga boleh dijadikan kuih.
Daunku boleh dijadikan oembalut nasi lemak. Daunku juga boleh dijadikan pembalut kuih muih seperti kuih koci. Manusia suka menggunakan daunku kerana daunku memberikan keharuman kepada masakan mereka.
Jantungku juga mempunyai banyak fungsi. Jantungku boleh dijadikan sayur ulam-ulaman. Sayur ulam ini selalu dimakan oleh orang-orang tua di kampung.
Aku boleh dijadikan sumber pendapatan. Buahku boleh di jual di pasar tani. Tuanku menanam aku supaya tanah lapang kepunyaannya tidak terbiar. Aku juga merupakan tumbuhan yang mudah dijaga.
Aku bersyukur kerana mempunyai banyak kegunaan. Aku ingin berbakti kepada manusia sehingga aku mati suatu hari nanti.
SAYA SEBUAH KERETA
Mari kita buat autobiografi berkenaan kereta Proton.
Saya sebuah kereta Proton. Saya dilahirkan di sebuah kilang kereta di Tanjung Malim. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta.
Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teknologi Lotus. Kemudian, saya disembur dengan cat berwarna merah sebanyak dua kali. Sebelum saya dipasarkan, saya dipandu uji oleh pemandu yang berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati piawaian yang ditetapkan.
Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Shah Alam dengan menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta. Tanpa saya jangkakan, rupa-rupanya diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan harga Rm50000.00.
Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan saya pergi ke tempat kerja dan kadangkala untuk pergi ke pasar raya.
Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya telah memecut sehingga 100 kilometer sejam. Apabila tuan saya telah berpuas hati memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya sungguh berterima kasih kerana dijaga dengan begitu cermat.
Kini, tuan saya mempunyai anak yang ramai. Saya dirasakan terlalu kecil lalu tuan saya membeli kereta yang lebih besar. Saya semakin kurang digunakan. Saya berasa bagai kaca terhempas ke batu namun saya tetap gembira kerana masih dapat berbakti.
AKU SEPOHON POKOK ROSELLA
Mari kita buat autobiografi berkenaan rosella.
Namaku Rosella. Aku ialah sepohon pokok kecil. Aku membesar di belakang rumah Tuan Haji Rosli bersama rakan-rakanku yang lain. Kami hidup aman dan harmoni.
Tuan aku bernama Tuan Haji Rosli Bin Wahid. Dia menjaga aku dan rakan-rakanku yang lain dengan baik. Kami disiram setiap petang dan dibaja dari semasa ke semasa.
Kami sudah besar. Sekarang, kami sudah mula berbuah dengan lebat. Isteri Tuan Haji Rosli suka membuat jus Roselle daripada buahku. Aku gembira dapat berbakti kepada Tuan Haji Rosli dan ahli keluarganya.
Aku membesar bersama-sama dengan rakanku yang lain, Si Mangga dan Si Pisang serta beberapa spesies buah yang lain. Mereka selalu melindungiku jika angin bertiup kencang. Aku sungguh berterima kasih kepada mereka.
Setelah membesar, aku hidup subur dan berbuah dengan lebat. Aku berasa diriku sudah kuat. Kami hidup berkasih sayang dan saling melindungi antara satu sama lain.
Kini,aku sudah tua dan aku semakin lemah. Nasib baik aku sudah melahirkan anak. Lama-kelamaan aku semakin layu dan mati. Maka, tamatlah riwayat hidup aku sebagai sepohon pokok Rosella.
Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat, sila tekan butang 3 garis di homepage dan ikuti blog ini.
Sekian, terima kasih.
APA BENDA LAIN YANG ANDA RASA PERLU DIBUAT AUTOBIOGRAFI MEREKA SENDIRI?

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


Ulasan
Catat Ulasan